Tuesday, July 21, 2009

kisah kehidupan satu pengajaran


Asasnya manusia di jadikan Allah swt dengan kejadian yang berbeza-beza baik daripada warna kulit, pertuturan, fizikal tubuh badan dan sebagainya. Seharusnya perbezaan tersebut tidak harus menimbulkan sebarang pandangan berbeza bahawa mereka tetap makhluk Allah yang bernama manusia.

Kehidupan manusia di muka bumi ini di kenang dengan perbuatannya, sumbangannya, adab tertibnya dan segala mungkin yang dapat kita mengdefinasikan khusus kepada individu tertentu. Kesimpulannya jika semasa kehidupannya penuh dengan sifat-sifat yang baik, bagus, amanah dan lain-lain sifat yang positif, maka kewujudannya akan sentiasa dikenang, dirindui dan diperkatakan yang baik sahaja, itu sememangnya lumrah manusia.

Juga sebaliknya jika individu itu seorang yang tidak baik pelakuannya, sudah semestinya tiada apa yang kebaikkannya yang perlu dikenang malah hanya perkara-perkara kejahatannya yang sentiasa diperkatakan. Perenggan pertama jelas menyatakan hak kesamaan mereka di sisi Allah, bagaimanapun sebagai manusia yang ternyata mempunyai sifat manusia adakah kita sanggup menjulang nama mereka atau menyokong mereka yang telah terang-terang membuat salah kalau bukan kepada diri kita mungkin kepada manusia yang lain.

Apa salahnya jika kita mengakui kejahatan mereka dan selanjutnya memperkatakan kejahatan mereka demi informasi, demi pemberitahuan dan demi pengajaran kepada semua bahawa orang yang jahat kisah hidupnya tidak akan dikenang dengan gambaran positif.

Sememangnya nyawa kita serupa tiada bezanya itu penjelasan dari perenggan pertama di atas, tetapi kisah hidup, cabaran hidup, pengalaman hidup yang pernah kita lalui justeru yang nyata kisah kehidupan kita adalah berbeza.

No comments:

Post a Comment