Tuesday, July 28, 2009


Dalam seharian kita mengharungi cabaran kehidupan, kita seringkali didatangani dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang sudah ketentuannya ujian daripada Allah swt.
Paling rencah dipersoalkan adalah berhubung dengan ketentuan rezeki kita. Ada sesetengah daripada kita khususnya yang makan gaji berasa asal cukup bulan dapat gaji sudah...... soal kerja ada atau tidak atau kerja yang dibuat mencapai sasaran atau tidak itu tidak penting, yang penting cukup bulan dapat gaji.
Jika difikirkan perkaitan diantara konsep rezeki dan tanggungjawab kerja ianya mempunyai perkaitan rapat.








Tuesday, July 21, 2009

kisah kehidupan satu pengajaran


Asasnya manusia di jadikan Allah swt dengan kejadian yang berbeza-beza baik daripada warna kulit, pertuturan, fizikal tubuh badan dan sebagainya. Seharusnya perbezaan tersebut tidak harus menimbulkan sebarang pandangan berbeza bahawa mereka tetap makhluk Allah yang bernama manusia.

Kehidupan manusia di muka bumi ini di kenang dengan perbuatannya, sumbangannya, adab tertibnya dan segala mungkin yang dapat kita mengdefinasikan khusus kepada individu tertentu. Kesimpulannya jika semasa kehidupannya penuh dengan sifat-sifat yang baik, bagus, amanah dan lain-lain sifat yang positif, maka kewujudannya akan sentiasa dikenang, dirindui dan diperkatakan yang baik sahaja, itu sememangnya lumrah manusia.

Juga sebaliknya jika individu itu seorang yang tidak baik pelakuannya, sudah semestinya tiada apa yang kebaikkannya yang perlu dikenang malah hanya perkara-perkara kejahatannya yang sentiasa diperkatakan. Perenggan pertama jelas menyatakan hak kesamaan mereka di sisi Allah, bagaimanapun sebagai manusia yang ternyata mempunyai sifat manusia adakah kita sanggup menjulang nama mereka atau menyokong mereka yang telah terang-terang membuat salah kalau bukan kepada diri kita mungkin kepada manusia yang lain.

Apa salahnya jika kita mengakui kejahatan mereka dan selanjutnya memperkatakan kejahatan mereka demi informasi, demi pemberitahuan dan demi pengajaran kepada semua bahawa orang yang jahat kisah hidupnya tidak akan dikenang dengan gambaran positif.

Sememangnya nyawa kita serupa tiada bezanya itu penjelasan dari perenggan pertama di atas, tetapi kisah hidup, cabaran hidup, pengalaman hidup yang pernah kita lalui justeru yang nyata kisah kehidupan kita adalah berbeza.

Monday, July 13, 2009

NI JEE... YANG ADE

Adakalanya...sebagai pemancing rezeki tak menentu. Ada masanya lumayan dan ada masanya for the whole day kat sungai bawah jambatan Kuala Selangor....banyak nie je hasilnya (syukur alhamdulillah).
Apapun enjoy, kepuasan, santai, relaks dan peace mengujakan seorang pemancing untuk terus survive.
Tak tentu mereka yang bermain golf dapat membuat pukulan hole in one setiap kali di menghayun bola golfnya dan tak tentu setiap kali mereka yang berbasikal dapat menyudahkan kayuhannya dengan bangga.
Minat terletak pada hati setiap individu....samaada sedar atau pun tidak tapi yang nyata ianya tidak boleh dipaksa.
Bukan untuk mendapat ikan yang banyak setiap kali pulang dari memancing, cukup dengan .....huh rasa tenangla aku........

Monday, July 6, 2009

Jenahak Kuala Selangor


Lama tak makan ikan jenahak kolam pancing Kuala selangor..............Semarak Handal...
Masak lemak sili api....3 rasa..peerghhh..mantap beb.
Apa khabr cikgu Dol, Bob the law, Pak Ngah dan member yang lain...dok mancing lagi ke?